Perniagaan Jerman jatuh 11 bulan terendah

Perniagaan Jerman jatuh 11 bulan terendah

FRANKFURT, 25 Jan – Keyakinan perniagaan Jerman jatuh ke paras terendah dalam tempoh 11 bulan pada bulan Januari, apabila syarikat berkata tinjauan bagi beberapa bulan akan datang adalah kabur yang amat ketara, kata Institut Ekonomi Ifo.

Institut lfo memerhati indeks iklim perniagaan itu jatuh lebih banyak daripada jangkaan 1.3 mata kepada 107.3 mata pada bulan Januari, paras terendah sejak Februari 2015, Ifo berkata dalam satu kenyataan.

Ifo mengira indeks tajuk yang berdasarkan penilaian syarikat terhadap persekitaran perniagaan semasa dan prospek bagi tempoh enam bulan akan datang.

Sub-indeks mengukur perniagaan terkini susut sedikit iaitu sebanyak 0.3 mata kepada 112.5 mata, manakala prospek sub-indeks merosot sebanyak 2.2 mata kepada 102.4 mata, kata institut itu.

“Sentimen di kalangan perniagaan Jerman lemah pada awal tahun ini,” kata Ketua Ifo Hans-Werner Sinn.

“Penilaian keadaan perniagaan terkini itu dikurangkan sedikit, tetapi masih sangat baik. Jangkaan perniagaan pula sebaliknya suram yang amat ketara,” Sinn berkata, mengatakan kajian itu ‘satu kejutan yang tidak menyenangkan bagi ekonomi Jerman’. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA