Perodua Axia efisien tenaga

Perodua Axia efisien tenaga

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Ogos – Syarikat Econ Motors Sdn Bhd melancarkan Perodua Axia, sebuah kereta yang dikatakan sebagai kenderaan efisien tenaga Malaysia semasa ia diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2014. Pelancaran berlangsung di bilik pameran Econ Motors Sdn Bhd, Beribi.

Menurut Pengarah Jualan Econ Motors, Gee Teng Wah, Perodua Axia model Standard G menggunakan enjin yang diperbuat daripada Aluminium 1.0 liter (1KR-DE2) DOHC, 12V, Electronic Fuel Injection (EFI) dengan kuasa kelajuan mencapai 66 kuasa kuda.

Axia adalah kereta pertama mempunyai teknologi dihasilkan menggunakan aluminium bagi memberi penjimatan penggunaan minyak dengan mengurangkan berat badan kereta tanpa menjejaskan keseimbangan dan prestasi.

“Axia mempunyai ruang dalam yang besar, ukurannya 260 liter bagi keluasan ruang belakang ditambah ukuran 3640mm panjang, 1620mm lebar dan 1510mm tinggi. Bagi pasaran Brunei kereta tersebut hanya dipasarkan dalam versi transmisi Automatik,” jelasnya.

Orang ramai menyaksikan Perodua Axia yang baru dilancarkan, kelmarin.
Orang ramai menyaksikan Perodua Axia yang baru dilancarkan, kelmarin.
Perodua Axia sebuah kereta yang dikatakan sebagai kenderaan tenaga efisien.
Perodua Axia sebuah kereta yang dikatakan sebagai kenderaan tenaga efisien.

Antara aksesori yang dimuatkan pada Axia termasuklah sensor undur, cermin sudut automatik, tray pakej, pemain CD dan alat bunyi, kotak syiling, tali pinggang keledar dengan bunyi keselamatan, tali pinggang tempat duduk kanak-kanak dengan standard ISOFIX.

Axia model G boleh didapati dengan lima jenis warna iaitu Hijau, Merah Jambu, Biru Gelap, Hitam, Kelabu, Putih.

ARTIKEL YANG SAMA