Perogol kena 15 tahun

Perogol kena 15 tahun

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Jun – Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun dan 13 sebatan ke atas seorang lelaki tempatan atas kesalahan merogol seorang perempuan di bawah umur pada 2011.

Hibatul Wafi bin Mahari, 23, disabit bersalah oleh Hakim Pengiran Hajah Rostaina binti Pengiran Haji Duraman selepas Timbalan Pendakwa Raya Pengiran Norsuzanawati binti Pengiran Haji Abas berjaya membuktikan kes di luar keraguan munasabah terhadap tertuduh.

Tertuduh didakwa merogol mangsa yang ketika itu berusia 13 tahun, dengan mengadakan hubungan seks di sebuah rumah di Kampung Sungai Paku, Telisai antara Oktober dan November 2011.

“Tertuduh tidak menunjukkan rasa kesal ketika menyangkal dakwaan ke atasnya ketika dibicarakan meskipun mahu bertanggungjawab terhadap anak damit yang dilahirkan oleh mangsa akibat perbuatannya,” kata Hakim.

ARTIKEL YANG SAMA