Perompak bank menjadi jutawan ditangkap di China

Perompak bank menjadi jutawan ditangkap di China

BEIJING, 28 Okt (AFP) – Seorang perompak bank China yang bertukar menjadi pemaju hartanah jutawan telah ditangkap selepas 16 tahun dia melakukan jenayah tersebut, lapor media kerajaan hari ini.

Lelaki itu yang dikenali dengan nama keluarganya Shi, telah mengetuai sekumpulan geng lima orang yang mencuri 2.08 juta yuan (kini AS$330,000) pada Disember 1999 dari sebuah cawangan bank di wilayah tengah Henan, lapor agensi berita rasmi Xinhua.

Shi mengambil bahagiannya daripada wang curi hasil rompakan tersebut dan membangunkan empayar perniagaan merentangi daripada ‘pembangunan hartanah, tapak hiburan dan perdagangan yang melebihi ‘ratusan juta’ yuan,” lapor Zhengzhou Evening News.

Sekumpulan pencuri melepaskan lapan tembakan semasa rompakan tersebut, mencederakan seorang pengawal dan juruwang bank, dan jenayah itu menjadi sensasi meluas di seluruh negara.

Ia tidak jelas bagaimana polis telah mematahkan kes tersebut, dengan Zhengzhou Evening News hanya mengatakan pasukan penyiasat telah menghabiskan masa lebih 10 bulan untuk menyiasat menggunakan ‘data saintifik dan kepintaran manusia’.

Tiga daripada lelaki itu telah ditangkap oleh lebih 80 polis minggu lepas, menurut akhbar tersebut, sementara Shi dan lelaki lain telah ditangkap tiga hari kemudian di sebuah rumah temannya.

ARTIKEL YANG SAMA