Perpaduan PBRS penting jamin kemenangan BN

Perpaduan PBRS penting jamin kemenangan BN

LAHAD DATU, 10 Okt – Perpaduan dalam kalangan anggota Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) penting bagi menjamin kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Mengibaratkan perjuangan PBRS seperti (perlumbaan) arnab dan kura-kura, presidennya Tan Sri Joseph Kurup berkata walaupun pada awalnya parti itu menghadapi cabaran getir namun akhirnya berjaya menuju kejayaan.

“Matlamat dan perjuangan PBRS bukan hanya untuk generasi sekarang tetapi untuk masa depan anak-anak kita,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Gabungan PBRS Bahagian Silam dan Semporna, semalam.

Kurup yang juga Anggota Parlimen Pensiangan berkata PBRS perlu mengukuhkan perpaduan dengan parti komponen BN yang lain jika anggota PBRS mahu parti berkenaan terus kuat dan maju. – Bernama