Perpindahan terhangat EPL

Perpindahan terhangat EPL

LONDON, 1 Sept (Reuters) – Tempoh perpindahan pemain pada musim panas membabitkan kelab liga di England, Scotland dan Wales yang bermula sejak 1 Julai lalu, bakal berakhir jam 6 petang esok waktu tempatan (atau 1 pagi Rabu, waktu BSB).

Setakat ini hampir semua kelab terutama dalam saingan Liga Perdana Inggeris terbabit dengan proses ini. Sehingga semalam, pembelian pemain paling mahal adalah membabitkan kelab Manchester City yang membawa masuk penyerang Wolfsburg dari Bundesliga iaitu Kevin de Bruyne, dengan nilai 55 juta pound.

Kelab yang paling ramai membeli pemain pula adalah Watford iaitu 12 orang. Berikut adalah 10 proses jual beli yang menjadi tumpuan di EPL dan dijangka bakal dimuktamadkan dalam tempoh masa sehingga jam 1 pagi Rabu, waktu Bandar Seri Begawan.

1. DAVID DE GEA (MAN UNITED)

-

Pemain ini dipancing oleh Real Madrid untuk menggantikan penjaga gol legenda pasukan Iker Casillas tetapi perpindahannya yang dijangka membabitkan persetujuan sebanyak 35 juta pound lebur selepas dokumen berkaitan proses itu gagal diserahkan mengikut tempoh yang ditetapkan oleh Liga Profesional Sepanyol.

2. JOHN STONES (EVERTON)

FBL-ENG-LCUP-BARNSLEY-EVERTON

Pertahanan ini sangat diinginkan oleh Chelsea. Skuad The Blues percaya ia sebagai pemain lengkap di benteng tengah dan boleh menggantikan John Terry. Everton bagaimanapun tidak mahu menjualnya sehingga tidak meletakkan sebarang harga.

3. EDINSON CAVANI (PSG)

pg20_150902_c

Arsenal memburu seorang penyerang untuk bergandingan dengan Alexis Sanchez dan Cavani dilihat sebagai pilihan untuk selesaikan masalah itu selepas gagal mendapatkan Karim Benzema dari Real Madrid. Harganya dianggarkan 50 juta pound.

4. SAIDO BERAHINO (WEST BROM)

pg20_150902_d

Pemain ini berminat untuk dibeli oleh Tottenham Hotspur. Ia dilihat menjadi gandingan terbaik buat Harry Kane dan pernah bersama dalam pasukan England B-21. Harga ditawarkan 25 juta pound.

5. CHARLIE AUSTIN (QPR)

pg20_150902_e

Sebanyak enam kelab berminat mendapatkan pemain penyerang ini iaitu Crystal Palace, Leicester City, Newcastle United, Norwich City, Everton dan West Brom. Dia yang disenaraikan dalam pasukan England dianggarkan bernilai 15 juta pound.

6. PAUL POGBA (JUVENTUS)

pg20_150902_f

Chelsea berminat mendapatkan bekas pemain Manchester United ini. Antara pemain terbaik dunia ketika ini, kos perpindahannya dianggarkan 70 juta pound.

7. EZEQUIEL GARAY (ZENIT)

UEFA Champions League Group C - "Bayer leverkusen v Zenit Saint Petersburg"

Chelsea turut memancing pemain ini, sebagai gantian jika proses pembelian John Stones tidak jadi. Harga ditawarkan 15 juta pound.

8. VIRGIL VAN DIJK (CELTIC)

pg20_150902_h

Kelab Southampton dan Everton berminat mendapatkan pertahanan ini yang pernah bermain bersama Gronigen di Liga Belanda. Kos perpindahan dianggarkan 10 juta pound.

9. ADNAN JANUZAJ (MAN UNITED)

FBL-GER-ENG-BUNDESLIGA-MANCHESTER-DRTMUND-FILES

Pemain ini menjadi buruan West Ham United, Sunderland dan Everton. Pemain berbakat Belgium ini tidak menentu masa depannya di Old Trafford ketika ini, boleh dibawa keluar secara pinjaman.

10. VICTOR WANYAMA (SAINTS)

pg20_150902_j

Pemain ini diburu Tottenham Hotspur. Perancang ini diharapkan oleh Mauricio Pochettino untuk mengukuhkan bahagian tengah. Kos membawanya pindah dianggarkan 20 juta pound.