Perpustakaan SR OKSB sambut Hari Kebangsaan

Perpustakaan SR OKSB sambut Hari Kebangsaan

Oleh Sahama

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Mac – Bersempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-32, Jawatankuasa Perpustakaan Sekolah Rendah Orang Kaya Setia Bakti (SR OKSB), Kilanas, baru-baru ini, telah mengungkayahkan aktiviti Hari Kebangsaan dengan tema ‘Generasi Berwawasan’ yang diadakan di dewan sekolah tersebut.

Acara yang disertai oleh murid-murid Pra hingga Tahun 6 itu dimulakan dengan bacaan ikrar Hari Kebangsaan oleh prefek-prefek sekolah dan diikuti dengan bacaan doa khas serta nyanyian lagu patriotik.

Hadir bagi menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang bagi Rendah Atas ialah Guru Besar SR OKSB, Awang Soffian bin Haji Sharbini, sementara bagi aktiviti guru dan pakaian kreatif disempurnakan oleh Pemangku Penolong Guru Besar sekolah berkenaan, Dayang Juliana binti Haji Abdul Hamid.

ARTIKEL YANG SAMA