Persahabatan erat sentiasa terjalin

Persahabatan erat sentiasa terjalin

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Okt – Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura mempunyai hubungan persahabatan akrab yang sekian lama terjalin, di mana bukan sahaja hubungan erat itu, di peringkat pemimpin tertinggi sahaja tetapi juga di antara penduduk dan rakyat kedua-dua buah negara.

Hubungan persahabatan yang mesra di antara dua buah negara berkenaan juga boleh disaksikan melalui pameran foto istimewa iaitu Brunei Darussalam dan Singapura: Pameran Foto Sebuah Hubungan Istimewa yang diadakan di Galeri Seni, Dermaga Diraja, Bandar Seri Begawan.

Sehubungan dengan itu, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan dan Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang juga Menteri Koordinasi bagi Keselamatan Nasional Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Teo Chee Hean, hari ini, berkenan menyempurnakan perasmian dan menyaksikan pameran foto istimewa itu.

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Haji Hazair bin Haji Abdullah dalam kata alu-aluannya berkata koleksi foto dan gambar yang dipamerkan itu merupakan koleksi dari arkib kebangsaan kedua-dua buah negara di mana ia menunjukkan serta menggambarkan hubungan yang istimewa dan mesra selama berdekad-dekad.

Beliau percaya dari koleksi gambar-gambar yang dipamerkan itu akan memberikan peluang kepada orang ramai khususnya golongan muda supaya sama-sama dapat mengenang dan melihat sendiri hubungan istimewa di antara rakyat dan pemimpin kedua-dua buah negara yang dibina di atas landasan saling menghormati dan kepercayaan.

YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan TYT Teo Chee Hean berangkat bagi majlis santap ringan.
YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan TYT Teo Chee Hean berangkat bagi majlis santap ringan.
YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan TYT Teo Chee Hean berkenan menghadiri majlis itu.
YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan TYT Teo Chee Hean berkenan menghadiri majlis itu.
YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan TYT Teo Chee Hean bersama-sama merasmikan Brunei Darussalam dan Singapura: Pameran Foto Sebuah Hubungan Istimewa.
YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan TYT Teo Chee Hean bersama-sama merasmikan Brunei Darussalam dan Singapura: Pameran Foto Sebuah Hubungan Istimewa.
YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan TYT Teo Chee Hean menyaksikan pameran.
YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan TYT Teo Chee Hean menyaksikan pameran.

pg10_151007_d

Yang Berhormat Pehin berkata lagi hubungan istimewa itu juga diperkukuhkan lagi melalui siri-siri lawatan dan pertukaran pegawai-pegawai.

Ia juga dimantapkan lagi melalui siri perjanjian dan kerjasama yang terbukti bermanfaat bagi kedua-dua buah negara terutama Perjanjian Kesalingbolehtukaran Mata Wang di antara Brunei dan Singapura.

Yang Berhormat Pehin berkata lagi, pameran itu bukan sahaja bertepatan dengan Program Pemimpin Muda ke-3 di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura tetapi ia juga bertepatan dengan Program Pertukaran Kepimpinan Belia Brunei-Singapura di mana para peserta program itu akan berpeluang untuk menyaksikan bagaimana perhubungan itu berkembang dan bagaimana mereka boleh membangunkan secara kreatif hubungan istimewa itu ke peringkat yang lebih tinggi dalam menghadapi pelbagai cabaran globalisasi.

Majlis kemudian menyaksikan YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan TYT Teo Chee Hean bersama-sama merasmikan pameran istimewa berkenaan serta diberikan penerangan mengenai gambar-gambar yang dipamerkan oleh Pengarah Jabatan Muzium-muzium, Pengiran Dr. Karim bin Pengiran Haji Osman.

Pameran yang dianjurkan bersama oleh Jabatan Muzium-muzium dan Suruhanjaya Tinggi Singapura di Negara Brunei Darussalam itu adalah bagi menandakan ulang tahun ke-50 hubungan di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura.

Pameran itu membawa tema mengenai hubungan akrab yang dijalin sekian lama di antara Brunei dan Singapura yang bermula 50 tahun yang lalu, di mana hubungan itu dirakamkan sebagai memori dan kenangan melalui koleksi foto, artikel-artikel, surat khabar dan risalah dengan penerangan terperinci mengenai acara-acara yang berlaku di antara pemimpin kedua-dua buah negara.

Di antara yang menarik dalam pameran istimewa itu termasuk wang kertas $20 bersempena dengan ulang tahun Perjanjian Kesalingbolehtukaran Mata Wang pada 2007, setem-setem dan rakaman video lawatan peringkat tertinggi kedua buah negara.

Pameran itu dibukakan bagi kunjungan orang ramai bermula hari ini hingga 20 Oktober iaitu Sabtu hingga Khamis bermula dari pukul 9 pagi hingga 5 petang dan pada Jumaat bermula dari pukul 9 pagi hingga 11:30 pagi dan pukul 2:30 petang hingga 5 petang.

ARTIKEL YANG SAMA