Persaingan bo...

Persaingan bola sepak veteran diteruskan

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 April – Perlawanan bagi Kejohanan Bola Sepak Piala VFA anjuran Persatuan Bola Sepak Veteran Brunei Darussalam akan meneruskan jadualnya pada Hari Jumaat, 21 April ini dengan perlawanan yang akan berlangsung di Kompleks Sukan Sungai Kebun di antara Pondok 12 dan SM FC.

Pada hari yang sama juga akan berlangsung beberapa perlawanan bagi Kejohanan Piala Presiden Satu dan Dua, Persatuan Bola Sepak Veteran Brunei Darussalam DST 2017, yang antaranya akan menyaksikan perlawanan antara Satria Vet menentang Pasukan Cle’as FT di Kompleks Sukan Jabatan Kerja Raya pada jam 4 petang.

Di sebelah malam pula akan berlangsung dua perlawanan antaranya Pasukan XN FT menentang Pasukan IKLS Vet pada jam 8 malam di Kompleks Padang dan Balapan Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah. Sementara di Stadium Mini Jerudong pula akan berlangsung perlawanan di antara MPK PBV menentang AH United.

Pada 4 petang hari Ahad 23 April pula akan berlangsung empat lagi perlawanan, melibatkan Pasukan Teruja FC dan Hikayat FC di Kompleks Sukan Sungai Kebun, manakala Mangelella Vet menentang Pasukan Samudra RSC Kompleks Sukan Seria/Arena. Di Kompleks Sukan Tutong pula akan berlangsung perlawanan antara Panaga 2000 dan B.I.P. FT dan MV FT menentang ASMDB FT di Kompleks Sukan Menglait . Justeru, VFA Brunei Darussalam mengalu-alukan para peminat bola sepak tanah air untuk hadir menyaksikan pemain-pemain veteran beraksi di dalam kedua-dua kejohanan berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA