Persaingan industri kereta Pakistan bakal sengit

Persaingan industri kereta Pakistan bakal sengit

ISLAMABAD, 2 Ogos (AFP) – Pasaran kereta Pakistan telah dikuasai oleh pengeluar kereta Jepun berdekad-dekad lamanya, tetapi satu pemulihan kecil ekonomi nampaknya akan menarik pelabur baru dari Eropah dan Korea.

Meskipun percukaian yang tinggi ke atas kenderaan diimport, semangat untuk memiliki sebuah kereta di Pakistan masih tidak terjejas disebabkan sebahagiannya oleh pengangkutan awam yang kurang membangun di bandar besar itu, tetapi juga disebabkan status sosial yang dibawanya.

Kilang pemasangan kereta Toyota, Suzuki dan Honda telah pun bekerja siang dan malam di selatan bandar pelabuhan Karachi dan timur Lahore – namun pelanggan masih boleh menunggu sehingga empat bulan untuk kenderaan baru diserahkan. Sekarang permintaan untuk kereta di negara Asia Selatan yang mempunyai 200 juta penduduk semakin meningkat, apabila pertumbuhan ekonomi mencecah kadar paling pesatnya sejak 2008 sementara keyakinan pelabur baru dan kemerosotan inflasi telah merangsang perbelanjaan pengguna. Berminat untuk membabitkan diri, satu wakil daripada firma kereta Jerman Volkswagen melawat negara tersebut dalam beberapa minggu ini, menurut pe-gawai Pakistan dan diplomat Jerman.

Gambar fail bertarikh 26 Julai 2015 menunjukkan orang ramai mengunjungi “pasar kedai Ahad” di Karachi, Pakistan. – AFP
Gambar fail bertarikh 26 Julai 2015 menunjukkan orang ramai mengunjungi “pasar kedai Ahad” di Karachi, Pakistan. – AFP

Jurucakap syarikat, Christoph Adomat memberitahu AFP bahawa sementara “Volkswagen sentiasa menilai peluang pasaran di seluruh dunia, tidak adanya keputusan untuk pelaburan daripada Volkswagen di Pakistan.”

Miftah Ismail, pengerusi Lembaga Pelaburan Pakistan yang mengambil bahagian dalam rundingan, berkata Volkswagen bukan satu-satunya syarikat yang meluahkan minat.