Persaingan sengit untuk McIlroy

Persaingan sengit untuk McIlroy

SHANGHAI, 9 Nov (AFP) – Rory Mcllroy menghadapi persaingan sengit untuk mengembalikan gelaran Race to Dubai selepas penyudah mengejutkan di Kejohanan WGC-HSBC di Shanghai yang menyebabkan Danny Willett dari Inggeris menarik nafas lega.

Willett mencatatkan 10 bawah par 62 semalam, pusingan terendah minggu ini dalam kelas dunia, yang menyaksikannya mendahului di Kelab Golg Sheshan International untuk menyudahkan tiga strok di belakang pemenang Russell Knox dari Scotland.

Ia mengurangkan pendahuluan juara Race to Dubai 2014, Mcllroy dalam persaingan untuk menjadi pemain nombor satu Eropah kepada 74, 214 mata, dengan Willett akan beraksi satu lagi acara berbanding pemain dari Ireland Utara itu.

Pemain nombor 26 dunia dari England itu boleh meletakkan persaingan lewat minggu ini di seluruh Shanghai apabila membuat pukulan dalam BMW Masters yang menawarkan AS$7 juta, menyaksikan Mcllroy tidak menyertainya.

Terdapat lebih dari sejuta mata untuk direbut bagi pemenang di Lake Malaren apabila Willett membuat pukulan pada Khamis, seminggu sebelum musim penamat di Dubai.

Mcllroy membuat pukulan terbaiknya minggu ini, enam bawah 66 semalam, tetapi memerlukan birdie 35 kaki di lubang terakhir untuk berkongsi tangga ke-11 dan mengekalkan persaingannya.

Willett berkata matanya tertumpu ke atas mahkota Race to Dubai dari pemenang empat kali dan pemain nombor tiga dunia sekarang.

“Ini adalah keputusan yang besar bagi saya,” Willett memberitahu AFP dalam pusingan akhirnya di Sheshan.

“Dengan Rory tidak beraksi minggu depan, saya boleh mendapatkan beberapa mata dan memberikan kami peningkatan untuk ke minggu akhir di Dubai.”