Persaingan tiga hala dalam pilihan raya presiden

Persaingan tiga hala dalam pilihan raya presiden

PARIS, 20 Nov – Calon presiden sayap kanan Perancis memulakan pertandingan pencalonan mereka hari ini ketika pengetatan mendadak persaingan mencetuskan keraguan tentang peluang bekas presiden Nicolas Sarkozy mendapatkan balik Istana Elysee.

Kebangkitan lewat Francois Fillon yang berada di tempat ketiga, yang pernah menjadi perdana menteri di bawah Sarkozy, melonjakkannya ke kedudukan teratas bagi pengundian pilihan raya kecil pusingan pertama.

Tinjauan pengundi pada Jumaat lalu telah memberikan Fillion, 62 tahun, sebanyak 30 peratus berbanding 29 peratus bagi Sarkozy, 61 tahun dan Alain Juppe, 71 tahun, juga bekas perdana menteri yang telah menjadi orang yang disebut-sebut akan menang selama dua bulan lalu.

Pilihan raya kecil cara AS adalah pertandingan yang pertama seumpamanya oleh pihak berhaluan kanan Perancis, yang diadakan sebahagian besarnya dalam respons kepada kebangkitan parti berhaluan kanan Barisan Kebangsaan (FN) ekoran pemasukan ramai penghijrah ke Eropah dan siri-siri serangan pejuang jihad yang memusnahkan di Perancis.

Hasilnya adalah penting kerana dengan pihak berhaluan kiri Perancis berpecah belah, calon yang muncul daripada pengundian kedua 27 November dijangka akan memegang jawatan presiden pada Mei selepas mengatasi ketua FN, Marine Le Pen.

Strategi Juppe bersederhana terhadap Sarkozy dan Fillon yang berkeinginan pembaharuan nampaknya menimbulkan kesan. “Kami menjangkakan, persaingan tetapi akhirnya pertandingan tiga hala telah muncul,” ahli sains politik Jerome Jaffre berkata dalam akhbar Le Figaro Khamis lalu.

Perdebatan televisyen terakhir tujuh calon pada Khamis lalu tidak menghasilkan pemenang jelas, meskipun para penonton yang meninjau selepas itu berkata Fillon memperlihatkan prestasi paling mantap. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA