Persatuan Alumni PKBN akan anjur The Blue Bazaar

Persatuan Alumni PKBN akan anjur The Blue Bazaar

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Ogos – Persatuan Alumni Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) akan menganjurkan Bazar Biru, juga dikenali sebagai The Blue Bazaar.

Bazar yang akan diadakan bermula 5 September selama dua hari di Padang Kawad, Kem Latihan PKBN, Perkampungan Sukan di Berakas itu adalah sempena Hari Kesedaran Autisme Sedunia.

Di sepanjang bazar itu nanti, pelbagai aktiviti dan permainan akan diadakan seperti lukisan muka dan tangan, pondok untuk bergambar, permainan bouncer, mendaki batu dan elemen tinggi, pertandingan bola tampar dan persembahan padang.

Selain itu, gerai jualan juga akan menyerikan lagi bazar berkenaan buat para pengunjung dengan hasil jualan akan didermakan kepada persatuan SMARTER Brunei.

Sehubungan dengan itu, orang ramai adalah dijemput bagi memeriahkan acara itu yang akan dibukakan bermula pukul 8 pagi hingga 9 malam. – A.Shazy

ARTIKEL YANG SAMA