Persatuan Bekas Perajurit adakan Khatam Al-Quran

Persatuan Bekas Perajurit adakan Khatam Al-Quran

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Julai – Persatuan Bekas Perajurit Negara Brunei Darussalam telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bertempat di Teratak Perwira Kampung Anggerek Desa di sini.

Majlis tersebut diteruskan dengan Bertahlil dan Doa Arwah serta Bersungkai bersama kalangan ahli-ahli persatuan tersebut, sebagai salah satu aktiviti dalam menyemarakkan bulan Ramadan Al-Mubarak ini.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Penasihat Persatuan, Mantan Pemerintah-Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, serta ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Tertinggi dan ahli-ahli Persatuan Bekas Perajurit dan juga ahli-ahli Biro Wanita persatuan itu.

Majlis itu juga antara lain turut bertujuan untuk mengeratkan siratulrahim antara satu sama lain, dan juga untuk memperbanyakkan aktiviti berkebajikan serta sentiasa mendekatkan diri dengan membaca Al-Quran sebagai amalan dalam kehidupan. Majlis juga turut diselajurkan dengan bacaan zikir marhaban.

Antara yang menghadiri Majlis Khatam Al-Quran anjuran Persatuan Bekas Perajurit Negara Brunei Darussalam.
Antara yang menghadiri Majlis Khatam Al-Quran anjuran Persatuan Bekas Perajurit Negara Brunei Darussalam.

ARTIKEL YANG SAMA