Persatuan Foochow kunjungi rumah orang-orang tua

Persatuan Foochow kunjungi rumah orang-orang tua

Oleh Anwar Rosly

KUALA BELAIT, 24 Jan – Dalam menyemarakkan lagi kedatangan Sambutan Tahun Baru Cina 2016, serombongan 20 orang ahli Persatuan Foochow Belait telah membuat lawatan ke Rumah Orang-orang Tua di Pekan Seria, hari ini.

Rombongan diketuai oleh Pengerusi persatuan, Awang Tan Tei Tei bersama Setiausaha Seksyen Belia, Dayang Ruby Hui Wei Ching dan disertai ahli-ahli yang lain sambil membawa barang-barang sumbangan seperti makanan, minuman dan duit angpau.

Awang Tan ketika ditemui pihak media berkata, kunjungan seperti ini merupakan aktiviti tahunan persatuan sejak ditubuhkan lebih 60 tahun yang lalu di daerah ini.

Aktiviti seumpamanya juga bertujuan bagi membantu menggembirakan penghuni di rumah orang-orang tua tersebut dalam sama-sama meraikan kegembiraan menyambut Tahun Baru Cina pada setiap tahun, memandangkan mereka merupakan penghuni yang tidak mempunyai keluarga terdekat di sini. Semasa kunjungan tersebut, rombongan juga telah mengadakan persembahan nyanyian lagu-lagu klasik dalam Bahasa Cina dan juga tarian, selain menyediakan makan tengah hari bagi penghuni di sana.

Gambar ramai ahli-ahli Persatuan Foochow bersama warga Rumah Orang-orang Tua, Pekan Seria.
Gambar ramai ahli-ahli Persatuan Foochow bersama warga Rumah Orang-orang Tua, Pekan Seria.
Awang Tan ketika menyerahkan duit angpau kepada orang-orang tua di rumah tersebut.
Awang Tan ketika menyerahkan duit angpau kepada orang-orang tua di rumah tersebut.

Menurut Awang Tan lagi, persatuan tersebut juga akan mengadakan kunjungan ke rumah-rumah ahli komiti dan ahli jawatankuasa tertinggi persatuan untuk mempersembahkan tarian naga nanti. Seperti tahun sebelumnya, Persatuan Foochow meraikan ulang tahun penubuhannya ke-60 dan tahun ini mereka juga akan mengadakan pertemuan semula dengan kesemua ahli seramai 500 orang bagi merayakan sambutan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang.

ARTIKEL YANG SAMA