Persatuan India Belait anjur majlis sungkai

Persatuan India Belait anjur majlis sungkai

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

SERIA, 1 Julai – Dengan hasrat untuk sama-sama menyumbangkan bantuan kepada masyarakat yang memerlukan, Persatuan India Belait (IAB) turut menganjurkan Majlis Bersungkai Bersama Anak-Anak Yatim yang diadakan di bangunan persatuan itu, di sini, baru-baru ini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pemangku Pegawai Pemerintah Daerah Polis Belait, Supt Awang Ariffin bin Haji Jafaruddin. Turut hadir ialah Presiden IAB, Salimo Karim serta ahli-ahli persatuan berkenaan.

Dalam ucapan alu-aluannya, Salimo Karim menyatakan bahawa majlis tersebut antara lain bertujuan untuk sama-sama menggembirakan anak-anak yatim, dan juga bagi memberikan sedikit bantuan keperluan persiapan di Hari Raya Aidilfitri nanti.

Tetamu kehormat dan ahli-ahli IAB bergambar ramai semasa Majlis Bersungkai Bersama Anak-anak Yatim.
Tetamu kehormat dan ahli-ahli IAB bergambar ramai semasa Majlis Bersungkai Bersama Anak-anak Yatim.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada mereka yang sama-sama menyumbang melalui majlis tersebut antaranya YMRM Enterprise, Ya Nur Sdn Bhd, Maya Silk Emporium dan Company, serta Dayang Rabiah Ahmed Sdn Bhd yang juga telah sama-sama turut menyempurnakan penyampaian derma anak-anak yatim pada majlis itu.

Turut menerima sumbangan ialah sebanyak 10 buah keluarga yang memerlukan.

ARTIKEL YANG SAMA