Persatuan India Belait turut raikan Aidilfitri

Persatuan India Belait turut raikan Aidilfitri

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

SERIA, 3 Ogos – Persatuan India Belait (IAB) turut sama meraikan Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi kalangan ahli-ahlinya yang beragama Islam dan juga masyarakat sekitar, bagi mengeratkan lagi hubungan mesra dan silaturahim sesama mereka.

Majlis Rumah Terbuka Hari Raya mereka itu diadakan di bangunan persatuan tersebut di Pekan Seria dan turut dihadiri Presiden IAB Awang Devarajan N.

Sambutan dimeriahkan dengan pelbagai persembahan tarian dan nyanyian, termasuk pertunjukan pakaian tradisi selain hidangan beraneka macam juadah termasuk makanan tradisi masyarakat India.

Lebih 100 tetamu menghadiri majlis itu yang diadakan sebagai aktiviti tahunan sempena sambutan hari raya dengan konsep rumah terbuka bermula pukul 6:30 petang hingga 8:30 malam, pada Sabtu lalu.

Lebih 100 orang di kalangan ahli-ahli Persatuan India Belait (IAB) menghadiri Majlis Rumah Terbuka Sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Lebih 100 orang di kalangan ahli-ahli Persatuan India Belait (IAB) menghadiri Majlis Rumah Terbuka Sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Awang Devarajan N berkata, ahli-ahli persatuan itu juga ada yang beragama Islam dan sebagai kesepaduan, persatuan akan mengadakan majlis memeriahkan sambutan-sambutan sama ada Hari Raya, Depavali dan sebagainya supaya mereka terus sentiasa bersatu dan menghormati antara satu sama lain.

Menurutnya, di samping mengadakan majlis seumpama itu, mereka juga telah membuat kunjungan menziarahi kawan-kawan yang meraikan Hari Raya Aidilfitri di seluruh negara, sebagai mengeratkan lagi hubungan silaturahim.

ARTIKEL YANG SAMA