Persatuan India Brunei anjur kempen derma darah

Persatuan India Brunei anjur kempen derma darah

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Julai – Lebih 100 pain darah telah berjaya dikumpulkan dalam Kempen Derma Darah anjuran Persatuan India Brunei, Bandar Seri Begawan, berlangsung di Unit Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), di sini hari ini, yang disertai lebih 100 orang ahli persatuan berkenaan.

Ketua Koordinator Kempen Dermah Darah, Suresh Borigam memberitahu Media Permata bahawa acara itu merupakan acara tahunan persatuan sebagai salah satu kaedah menyumbang bagi meningkatkan bekalan Tabung Darah Hospital RIPAS.

“Kami telah menganjurkan kempen ini setiap setahun sekali. Kempen derma darah bertujuan memberikan kesedaran berterusan kepada ahli-ahlinya dan orang ramai mengenai pentingnya menyumbangkan darah untuk membantu menyelamatkan pesakit yang memerlukan di negara ini khususnya di Bandar Seri Begawan”.

Turut hadir memberi sokongan semasa kempen berkenaan ialah Presiden persatuan berkenaan Dr. Sundrapandi; Naib Presiden, Murugesan; Setiausaha Agung, Mohd Mubarak; Penolong Setiausaha Agung, Ravichandran; dan Bendahari, Bharathidhasan.

Kempen berkenaan juga dihasratkan akan dapat membantu pesakit-pesakit yang memerlukan di samping memberi kesihatan yang berterusan kepada para penyumbang.

p11-2_20160704

ARTIKEL YANG SAMA