Persatuan KACA buat kunjungan Raya

Persatuan KACA buat kunjungan Raya

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Julai – Seramai 130 orang kanak-kanak dari Persatuan Kanak-kanak Cacat (KACA) berserta ibu bapa dan penjaga mereka berkunjung ke kediaman Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan bagi Sambutan Majlis Berhari Raya di Kampung Jangsak, Gadong, di sini, petang tadi.

Pada majlis itu, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof dan keluarga telah mengalu-alukan kehadiran warga KACA yang diketuai oleh Presiden Persatuan KACA, Dato Paduka Haji Zainal bin Haji Momin.

Majlis dimulakan dengan bacaan Doa Selamat diketuai oleh wakil ahli Jawatankuasa (AJK) KACA, Pengiran Khairul Nazri bin Pengiran Haji Shahbuddin, diikuti dengan penyampaian cenderahati oleh Dato Paduka Haji Zainal kepada Yang Berhormat Pehin.

Yang Berhormat Pehin Haji Awang Halbi menerima cenderahati daripada Dato Paduka Haji Zainal.
Yang Berhormat Pehin Haji Awang Halbi menerima cenderahati daripada Dato Paduka Haji Zainal.
Antara yang hadir pada majlis tersebut.
Antara yang hadir pada majlis tersebut.

Antara tujuan majlis seumpama ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturahim serta berhari raya bersama dengan Kanak-Kanak KACA serta ibu bapa dan para AJK KACA.

Di samping itu, ia juga memberi peluang kepada kanak-kanak KACA untuk bersosialisasi dan berinteraksi di antara ibu bapa dan para AJK serta keluarga Yang Berhormat Pehin.

Dalam kesempatan itu, pihak jawatankuasa dan seluruh warga Persatuan KACA menyampaikan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Pehin serta keluarga dan semoga mendapat keredaan daripada Allah Subhanahu Wata’ala.

ARTIKEL YANG SAMA