Persatuan OKP anjur majlis tahlil

Persatuan OKP anjur majlis tahlil

Oleh Faridah haji Ibrahim

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Jun – Kira-kira 70 orang yang terdiri daripada orang kurang pendengaran (OKP), ahli-ahli Biro Persatuan OKP dan anggota keluarga telah menghadiri Majlis Tahlil dan doa arwah, serta berbuka puasa beramai-ramai, yang berlangsung di Dewan Silaturahim, Pusat Belia, di sini, kelmarin.

Majlis berkenaan turut diselajurkan dengan sambutan ulang tahun ke-6 Persatuan OKP Kebangsaan Brunei Darussalam.

Bacaan tahlil dan doa selamat dipimpin oleh Ketua Biro Keagamaan Persatuan OKP, Haji Abu Bakar bin Haji Awang Tengah. Majlis kemudian diikuti dengan berbuka puasa dan sembahyang Maghrib berjemaah.

Antara tujuan majlis adalah bagi mendoakan ahli-ahli OKP yang telah kembali ke rahmatullah dan mengeratkan silaturahim.

Bergambar ramai di majlis berkenaan.
Bergambar ramai di majlis berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA