Persatuan Taiwan raikan 18 wakil syarikat Taiwan

Persatuan Taiwan raikan 18 wakil syarikat Taiwan

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Feb – Persatuan Taiwan di Negara Brunei Darussalam malam ini meraikan 18 wakil dari 18 buah syarikat Taiwan yang akan menyertai Pesta Perdagangan dan Pengguna Antarabangsa Brunei di BRIDEX, Jerudong bermula esok, 27 Februari hingga 2 Mac ini.

Hadir mengalu-alukan perwakilan itu ialah wakil dari Pejabat Kebudayaan dan Ekonomi Taipei di Brunei Darussalam, Jason Wan yang dalam ucapan ringkasnya berharap penyertaan mereka akan dapat memenuhi permintaan orang ramai di sini.

Menurutnya lagi, penyertaan Taiwan merupakan yang ke-7 dan tahun ini Taiwan akan mempromosikan produk buatan terbaik negara itu seperti perkakas rumah, dapur, perkakasan, barangan elektronik dan sebagainya.

Turut hadir ialah perwakilan daripada Persatuan Taiwan Brunei Darussalam, Awang Liem dan Mak Soon Seng.

Antara wakil dari 18 buah syarikat Taiwan diraikan pada majlis makan malam.
Antara wakil dari 18 buah syarikat Taiwan diraikan pada majlis makan malam.

ARTIKEL YANG SAMA