Persediaan asas urus jenazah

Persediaan asas urus jenazah

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 22 Feb – Sebagai persediaan menunaikan tanggungjawab Fardu Kifayah, seramai 78 orang yang terdiri daripada ahli-ahli Takmir Masjid Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel Kiudang, Tutong, Muslimah dan penduduk Mukim Kiudang mengikuti Kursus Pengurusan Fardu Kifayah yang diadakan di Masjid Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel.

Empat orang tenaga pengajar dari Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Daerah Tutong telah mengendalikan kursus tersebut yang diadakan selama dua hari, pada 14 Februari lalu dan semalam.

Kursus tersebut merangkumi panduan asas cara-cara jenazah dibersihkan, dimandikan dan dikapankan yang dibimbing oleh para pegawai dan kakitangan Pengurusan Jenazah KHEU, di samping membuat pengenalan dan demonstrasi pengurusan jenazah.

pg06_160223_c

Antara yang menyertai Kursus Pengurusan Fardu Kifayah yang diadakan di Masjid Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel Kiudang, Tutong.
Antara yang menyertai Kursus Pengurusan Fardu Kifayah yang diadakan di Masjid Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel Kiudang, Tutong.

Menurut Pegawai Hal Ehwal Masjid yang juga merupakan Ketua Imam selaku pengerusi kursus, Haji Mahri bin Haji Metussin, tujuan aktiviti diadakan adalah untuk mendedahkan kepada orang ramai dan ahli-ahli takmir dalam urusan cara-cara pengurusan jenazah yang betul.

Penyampaian sijil kepada para peserta di akhir kursus telah disampaikan oleh Pegawai Jabatan Hal Ehwal Masjid Daerah Tutong, Haji Masri bin Haji Mohammad selaku tetamu kehormat majlis.

ARTIKEL YANG SAMA