Persediaan awal menuju PSR

Persediaan awal menuju PSR

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Mei – Sebagai persediaan bagi pelajar-pelajar Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR), Badan Kaunselor Sekolah Rendah, Kementerian Pendidikan telah mengadakan Program Bimbingan Kelompok PSR ‘Berdudun Kitani Menuju (BKM) PSR’.

Program tersebut telah diadakan baru-baru ini di Sekolah Rendah Jerudong di mana lapan orang kaunselor telah membimbing seramai 64 orang pelajar Tahun 6 dalam beberapa aspek pembelajaran mereka yang termasuk kepentingan membuat persediaan awal dan menempatkan matlamat bagi peperiksaan yang akan datang.

Program BKM PSR ini telah disertai oleh 12 buah sekolah rendah yang bertujuan membantu para pelajar bersedia secara mental, fizikal, emosi dan rohani dalam menghadapi peperiksaan agar mereka dapat membina kepercayaan diri dan semangat juang yang tinggi.

Selain itu, ia juga untuk meningkatkan keyakinan diri dan motivasi diri bagi mencapai kejayaan dalam bidang akademik serta membantu pelajar dan memberi kesedaran terhadap pentingnya mengulang kaji.

Antara para pelajar yang menyertai program Bimbingan Kelompok PSR.
Antara para pelajar yang menyertai program Bimbingan Kelompok PSR.

ARTIKEL YANG SAMA