Persediaan Brazil menjelang Rio

Persediaan Brazil menjelang Rio

RIO DE JANEIRO, 13 Julai – Brazil akan menggunakan peruntukkan kewangan sebaik mungkin dalam persiapannya menganjur Olimpik Rio sebagai tuan rumah yang akan diadakan di Rio de Janeiro bulan depan.

Setakat ini, sebanyak AS$12 bilion telah diperuntukkan yang meliputi pelbagai aspek. Bajet keseluruhan untuk permainan sukan adalah sebanyak AS$4.1 bi-lion, menurut dewan bandar Rio, dengan 80 peratus daripadanya adalah daripada dana swasta.

Hanya lebih AS$2 juta itu adalah untuk membina stadium dan infrastruktur lain. Separuh daripada baki bajet dibelanjakan untuk acara pada temasya melalui jawatankuasa Rio 2016 itu.

Di samping itu, pihak berkuasa juga memperuntukkan pelaburan ‘warisan’ Rio sebanyak AS$7.5 bilion, kebanyakannya dalam projek-projek pengangkutan, dengan 57 peratus peruntukkan itu adalah daripada pembayar cukai dan selebihnya oleh pelabur swasta.

Pelaburan bajet dan warisan tidak termasuk anggaran pelaksanaan dari segi aspek keselamatan di bandar semasa sukan tersebut diadakan. Kerajaan persekutuan telah menyumbang AS$900 ribu untuk itu.

Datuk bandar Rio, Eduardo Paes berkata dengan mengelakkan pemasangan terlalu mewah dan faedah yang mahal, bajet dikurangkan sebanyak 35 peratus daripada yang dirancang.

Walau bagaimanapun, kajian daripada Sekolah Perniagaan Universiti Oxford menunjukkan bahawa bajet dari segi peruntukkan sebenarnya telah melebihi sebanyak 51 peratus jika dibandingkan dengan belanjawan yang dibentangkan dalam tawaran awal tuan rumah di bandar ini. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA