Persediaan hadapi musim kemarau

Persediaan hadapi musim kemarau

Oleh Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

TEMBURONG, 3 Feb – Sebagai persediaan kepada pengusaha padi di Daerah Temburong dalam menghadapi musim kemarau (El Nino), taklimat mengenainya telah diadakan di Dewan Belalong, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Pekan Bangar di sini, hari ini.

Taklimat berkenan merupakan salah satu inisiatif Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Temburong dalam menghadapi musim kemarau yang melanda negara pada masa ini.

Ia bertujuan sebagai persediaan khusus bagi pengusaha tanaman padi daripada melakukan pembakaran terbuka yang boleh menyebabkan pencemaran udara sekali gus mengakibatkan jerebu yang boleh menjejaskan kesejahteraan masyarakat secara umum.

Taklimat telah disampaikan oleh Penolong Penguasa Bomba dan Penyelamat, Operasi G Daerah Temburong, ASFR Harith bin Samat dan Pegawai Alam Sekitar, Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRE), Dayangku Haryanti binti Pengiran Haji Petra,

Dayangku Haryanti menyampaikan taklimat mengenai El-Nino kepada pengusaha padi Temburong.
Dayangku Haryanti menyampaikan taklimat mengenai El-Nino kepada pengusaha padi Temburong.
Sebahagian pengusaha padi di Daerah Temburong yang hadir.
Sebahagian pengusaha padi di Daerah Temburong yang hadir.

Dalam taklimat itu, Dayangku Haryanti memfokuskan mengenai pencemaran udara terutamanya akibat pembakaran terbuka terutama sekali pada musim kemarau.

ARTIKEL YANG SAMA