Persediaan hadapi peperiksaan

Persediaan hadapi peperiksaan

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Ogos – Sebagai persediaan para pelajar menghadapi Peperiksaan Peringkat ‘O’ tahun ini, para pelajar Tahun 11 Sekolah Menengah Berakas (SMB) telah menghadiri ceramah motivasi dan kumpulan program bimbingan yang diadakan di Dewan Delima, sekolah berkenaan, kelmarin, di sini.

Program bertajuk “Bah..bersiap-siap tah untuk GCE O Level” anjuran Jabatan Bimbingan Kerjaya dan Kaunseling sekolah berkenaan dikendalikan oleh Kaunselor sekolah, Hajah Norjinah binti Haji Musa dan Awang Ahmad bin Haji Sulaiman.

Program itu antara lain bertujuan untuk meningkatkan semangat pelajar untuk berusaha dalam pemeriksaan seterusnya berkongsi panduan pembelajaran dan pengalaman belajar.

Antara pelajar Tahun 11 yang menghadiri ceramah motivasi sekolah berkenaan.
Antara pelajar Tahun 11 yang menghadiri ceramah motivasi sekolah berkenaan.

Sepanjang program tersebut, para pengendali program mengongsikan mengenai keperluan untuk memulakan persediaan pemeriksaan awal selain menekankan pelajar untuk memberi tumpuan dan kepentingan berusaha bagi mendapatkan keputusan yang baik.

Selain itu, pelajar juga diajar panduan penting mengenai pengurusan masa, panduan belajar yang baik iaitu semakan serta kaedah belajar yang berkesan dan tabiat termasuk minda-pemetaan membangunkan strategi, mengubah diri dari negatif ke positif dan lain-lain.

ARTIKEL YANG SAMA