Persediaan hadapi peperiksaan

Persediaan hadapi peperiksaan

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Okt – Lebih 250 orang murid Tahun 6, Tahun 8 dan Tahun 11 dari tiga buah sekolah swasta di Daerah Brunei dan Muara, hari ini, mengadakan majlis membaca Surah Yasin dan sembahyang Sunat Duha dan Hajat sebagai persediaan menghadapi peperiksaan besar masing-masing tahun ini.

Majlis yang berlangsung di Masjid As-Shaliheen, Jalan Kumbang Pasang itu merupakan acara tahun bahagian keugamaan gabungan bagi tiga buah sekolah swasta yang terdiri daripada Sekolah St. George, Sekolah St. Andrew dan Sekolah Menengah Chung Hwa.

Hadir di majlis tersebut ialah Ketua Unit Sekolah Swasta, Bahagian IRK, Jabatan Pengajian Islam, Awang Yahya bin Haji Said dan Pembantu Ketua Unit Sekolah Swasta, Bahagian IRK, Haji Rosliman bin Haji Usop.

Para penuntut dan murid-murid bersalaman dengan ibu bapa dan guru-guru.
Para penuntut dan murid-murid bersalaman dengan ibu bapa dan guru-guru.

Memimpin bacaan doa dan sembahyang sunat di majlis itu ialah Pegawai Masjid As-Shaliheen, Awang Anuar bin Haji Salim.

Antara lain objektif majlis ini adalah untuk memohon keberkatan dan pertolongan Allah supaya pelajar dipermudahkan dan dilapangkan hati semasa menduduki peperiksaan seterusnya memohon supaya berjaya mendapat keputusan yang cemerlang.

ARTIKEL YANG SAMA