Persediaan menempuh bulan Ramadan

Persediaan menempuh bulan Ramadan

Oleh Normazlina M.D

TUTONG, 26 Mei – Sebagai satu persediaan menempuh bulan Ramadan, Daerah Polis Tutong pagi tadi telah mengadakan satu ceramah keagamaan berkaitan puasa yang diadakan di Pusat Tingkatan Enam Tutong (PTET), Bukit Beruang.

Hadir mendengarkan ceramah tersebut ialah Pegawai Pemerintah Daerah Polis Tutong, Supt Haji Chipli bin Haji Mohammad, bersama 50 anggota Daerah Polis Tutong dan kira-kira 40 orang terdiri daripada para penuntut dan pensyarah PTET. Ceramah keagamaan disampaikan oleh penceramah undangan dari Pusat Dakwah Islamiah, Awang Adi Aismat bin Lamat.

Dalam ceramah tersebut, Awang Adi Aismat menjelaskan mengenai perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan semasa berpuasa dan yang dapat membatalkan puasa, di samping persediaan dan amalan dalam menyambut bulan puasa.

Acara tersebut diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah yang disampaikan oleh Pegawai Pemerintah Daerah Polis Tutong.

Supt Haji Chipli menyampaikan cenderahati kepada Awang Adi Aismat.
Supt Haji Chipli menyampaikan cenderahati kepada Awang Adi Aismat.
Antara yang menghadiri ceramah keagamaan mengenai puasa yang diadakan di PTET, Bukit Beruang.
Antara yang menghadiri ceramah keagamaan mengenai puasa yang diadakan di PTET, Bukit Beruang.

ARTIKEL YANG SAMA