Persediaan menjelang peperiksaan utama

Persediaan menjelang peperiksaan utama

Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT, 27 Ogos – Keadaan jerebu di Daerah Belait masih dalam keadaan sederhana dan baik, namun dalam musim peperiksaan besar seperti PSR (Peperiksaan Sekolah Rendah) dan juga ‘O’ Level tidak lama lagi, dua buah sekolah mengambil langkah berjaga-jaga untuk melindungi pelajar daripada sebarang masalah atau isu kesihatan.

Media Permata berkesempatan menemu bual Pengetua Sekolah St James, Haji Muhd Masa Masdi bin Haji Sa’idun dan Guru Besar Sekolah Rendah Sg Tali II, Hajah Nur Izzati binti Haji Abdul Halim bagi menanyakan pendapat mereka mengenai inisiatif perlaksanaan langkah-langkah yang diambil.

Menurut Haji Muhd Masa Masdi, pihaknya sedia maklum mengenai keadaan jerebu sekarang dan cukup bersedia bagi memastikan pembelajaran pelajar dan murid di Sekolah St James tidak terjejas.

Murid-murid memakai topeng muka bagi mengelak pencemaran jerebu.
Murid-murid memakai topeng muka bagi mengelak pencemaran jerebu.

Hajah Nur Izzati pula berkata, guru-guru kelas dan guru-guru lain sentiasa membuat pemantauan tentang kesihatan dan kebersihan murid-murid di bawah jagaan mereka, sentiasa berada dalam kelas semasa sesi pembelajaran berlangsung dan semasa rehat diawasi dan dimata-matai oleh guru-guru yang fokusnya mengawasi kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid-murid.

Kedua-dua pengetua dan guru besar juga menyarankan para ibu bapa yang menghantar dan mengambil anak-anak mereka dari sekolah untuk memastikan kesihatan anak-anak ketika musim peperiksaan yang akan datang.

ARTIKEL YANG SAMA