Persediaan menjelang peperiksaan

Persediaan menjelang peperiksaan

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Okt – Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna, Batu Satu, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha hari ini mengadakan ceramah motivasi sebagai persiapan peperiksaan akhir tahun.

Hadir selaku penceramah motivasi ialah Pegawai Pengajian Kawasan Brunei 1, Jabatan Pengajian Islam, Hajah Norsiah binti Haji Mohd Noor.

Antara perkara yang disentuh beliau dalam ceramah tersebut ialah persiapan awal fizikal dan mental murid-murid sebelum peperiksaan, tip-tip sebelum peperiksaan, persediaan rohani serta doa-doa sebagai bekalan dan persiapan murid-murid untuk menghadapi peperiksaan.

Lebih 200 orang murid hadir pada majlis ceramah tersebut yang antara lain diadakan sebagai persiapan mental bagi mengharungi peperiksaan sebenar tidak lama lagi.

Ia juga diadakan untuk membuka fikiran murid tentang pentingnya pelajaran agama dalam dunia sekarang untuk mencapai kejayaan.

Program ceramah itu merupakan program tahunan pihak sekolah bagi menaikkan lagi prestasi pembelajaran murid-murid. – Mu’ez bin Misli

Sebahagian daripada pelajar yang menghadiri ceramah motivasi tersebut.
Sebahagian daripada pelajar yang menghadiri ceramah motivasi tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA