Persediaan pengendali kursus haji

Persediaan pengendali kursus haji

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Mac – Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama hari ini mengadakan Majlis Muzakarah Pengendali Kursus Ibadat Haji di Dewan Tingkat Bawah, Bangunan Tambahan, kementerian itu .

Majlis muzakarah itu yang diadakan setiap tahun agar guru-guru pengendali kursus Ibadat Haji yang dilantik benar-benar bersedia dan berkemampuan menyampaikan ilmu manasik Haji dan hukum-hakam dalam pelaksanaannya. Ia juga bertujuan menyalurkan maklumat terkini mengenai Haji dan pengurusan perjalanannya serta keadaan semasa di Tanah Suci Mekah.

Hadir merasmikan majlis itu ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Mohd Yusof.

Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz ketika menyampaikan ucapannya.
Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz ketika menyampaikan ucapannya.
Para pengendali kursus haji yang hadir pada majlis tersebut.
Para pengendali kursus haji yang hadir pada majlis tersebut.

Seramai 110 peserta terdiri daripada guru-guru pengendali kursus, guru-guru penyelia sekolah agama, pegawai dari jabatan-jabatan serta bahagian di bawah KHEU, mahasiswa dan mahasiswi KUPU SB dan UNISSA, institusi pengajian di bawah KHEU, pegawai perubatan Haji Kementerian Kesihatan, pegawai Jabatan Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan pegawai-pegawai operator Haji menghadiri majlis muzakarah itu.

Tiga kertas-kerja dibentangkan pada majlis itu bertajuk ‘Peranan Haji Dalam Membangunkan Modal Insan, ‘Beberapa Isu Hukum Dalam Pelaksanaan Ibadat Haji’ dan ‘Manasik Haji Wanita.’

Majlis muzakarah itu ditutup pada sebelah petang disempurnakan oleh Timbalan Setiausaha Tetap I, Haji Harun bin Haji Junid.

ARTIKEL YANG SAMA