Persediaan Super Ragbi jadi kegusaran

Persediaan Super Ragbi jadi kegusaran

WELLINGTON, 13 Nov (Reuters) – Jepun meraih kekaguman kerana persembahan luar biasa mereka pada Ragbi Piala Dunia, tetapi ia tidak mencukupi untuk memadamkan kebimbangan daripada badan induk hemisfera selatan tersebut mengenai kesediaan mereka bagi Super Ragbi, menurut bos pasukan New Zealand, Steve Tew.

Pasukan ‘Brave Blossoms’ itu memenangi tiga perlawanan pada Piala Dunia dan mencatatkan kemenangan yang mengejutkan Afrika Selatan.

Jepun juga akan menghoskan Ragbi Piala Dunia pertama Asia pada 2019 tetapi negara itu mengumumkan pada Julai lalu stadium kebangsaan baru yang memuatkan 80,000 tempat duduk, tumpuan Sukan Olimpik 2020, tidak akan siap sepenuh pada masanya untuk menghoskan perlawanan tersebut.

Stadium Yokohama, akan menghoskan perlawanan akhir 2019 manakala Stadium Tokyo akan menganjurkan perlawanan pembukaan.

Dengan menyaksikan kedudukan yang meningkat Jepun dalam perlawanan itu, ia juga memilih memasukkan pasukan, Sunwolves, dalam persaingan hemisfera selatan, Super Rugby, tetapi Tew hari ini berkata badan induk SANZAR masih mempunyai kebimbangan.

“Kami semua teruja dengan apa yang dicapai Jepun pada Ragbi Piala Dunia tetapi kami masih merasa gentar mengenai kesediaan mereka bagi Super Rugby, dan langkah mereka selanjutnya,” Tew memberitahu media setempat.

“Saya tidak menyatakan ia goyah, tetapi kami bimbang mengenai sebarang perkembangan apabila anda membawa pasukan baru dalam perlawanan itu, dan ia mengambil sedikit masa bagi mereka untuk menyelesaikannya.