Persekitaran tempat kerja antara punca 12.6 juta orang maut

Persekitaran tempat kerja antara punca 12.6 juta orang maut

GENEVA, 15 Mac (AFP) – Satu dalam empat kematian di seluruh dunia adalah disebabkan faktor-faktor persekitaran seperti pencemaran udara, air dan tanah dan juga jalan raya yang tidak selamat dan tekanan di tempat kerja, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini.

Kira-kira 12.6 juta orang meninggal dunia dalam tahun 2012 kerana hidup dan bekerja dalam persekitaran tidak sihat, 23 peratus dari semua kematian dilaporkan di seluruh dunia, menurut kajian baru.

“Jika negara-negara tidak mengambil tindakan untuk menjadikan persekitaran tempat orang bekerja dan hidup dengan sihat, berjuta-juta akan terus jatuh sakit dan mati pada usia terlalu muda,” ketua WHO Margaret Chan memberi amaran dalam satu kenyataan.

Laporan itu mentakrifkan punca persekitaran secara meluas, dengan mengaitkan antara barisan panjang faktor-faktor risiko persekitaran seperti pencemaran, pendedahan kimia, perubahan iklim dan radiasi ultra ungu dan juga kemudahan pada senjata api dan lebih 100 penyakit dan kecederaan.

Seramai-ramainya 8.2 juta kematian boleh dikatakan berpunca dari pencemaran udara, termasuklah pendedahan kepada asap perokok yang menjadi punca penyakit jantung, barah dan penyakit pernafasan kronik, menurut laporan itu lagi.

Antara kematian yang berpunca dari faktor persekitaran ialah 1.7 juta disebabkan ‘kecederaan tidak disengajakan’, termasuklah kemalangan jalan raya.

Laporan juga menghitung 846,000 kematian akibat penyakit cirit birit antara kematian akibat persekitaran, dengan menambah kata kebanyakan berkaitan dengan pencemaran dan air minum yang tidak selamat.

WHO melaporkan 246,000 kematian disebabkan kecederaan tidak disengajakan, termasuklah bunuh diri, yang dikaitkannya dengan simpanan tidak selamat dan kemudahan kepada senjata api dan juga racun perosak yang digunakan dalam sepertiga penuh bunuh diri di dunia – antara faktor-faktor lain.

Laporan itu mendapati kebanyakan kematian berkaitan persekitaran berlaku di Asia Tenggara, yang diperkira 3.8 juta kematian seumpama itu dalam tahun 2012, diikuti dengan rantau Pasifik Barat dengan 3.5 juta.

ARTIKEL YANG SAMA