Perselisihan Eropah meluas, jumlah penghijrah meningkat

Perselisihan Eropah meluas, jumlah penghijrah meningkat

ATHENS, 24 Feb (AFP) – Ketegangan mencecah takat didih antara negara-negara Eropah yang teruk terjejas oleh krisis penghijrah sebelum mesyuarat negeri-negeri Balkan hari ini, ketika perangkaan baru tidak menunjukkan peningkatan dalam kemasukan orang ramai.

Dengan ketibaan penghijrah dan pelarian di Eropah melebihi 110,000 orang dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini saja, PBB memberi amaran bahawa pengetatan sempadan yang dikenakan oleh sebilangan negeri boleh mengakibatkan keadaan kelam kabut.

Perbalahan diplomatik meletus antara Greece dan Austria, sementara Vienna membidas dasar orang pelarian Jerman ‘yang bercanggah.”

Kesatuan Eropah menyuarakan kebimbangan tentang risiko ‘krisis kemanusiaan’ terutamanya di Greece, yang bergantung pada ‘barisan hadapan cabaran penghijrahan terbesar Eropah sejak Perang Dunia II.

Ribuan orang terkandas di Greece selepas Macedonia tiba-tiba menutup sempadannya kepada rakyat Afghan, yang mencetuskan kesendatan baru di laluan Balkan menuju utara Eropah.

Para penghijrah beratur di pelabuhan Piraeus bagi mendapatkan bantuan makanan daripada pihak NGO. – AFP
Para penghijrah beratur di pelabuhan Piraeus bagi mendapatkan bantuan makanan daripada pihak NGO. – AFP

Athens juga membidas Vienna kerana gagal menjemput wakil Greece ke rundingan berhubung krisis itu dengan menteri-menteri dari negeri-negeri barat Balkan hari ini.

Kementerian luar Greece membidas rundingan itu sebagai ‘sebelah pihak dan sama sekali tidak mesra’ dan menuduh Austria menjejaskan usaha untuk mencapai respons bersama Eropah kepada krisis itu.

Austria menempelak dengan mengatakan itu adalah format rundingan “tetap” dan ringkasannya akan diperolehi oleh menteri-menteri luar dan kehadiran EU apabila mereka mengadakan pertemuan esok.

Austria membidas dasar orang pelarian Jerman yang bercanggah selepas Berlin mengkritik had harian yang diperkenalkan oleh Vienna ke atas pendaftaran penghijrah dan melalui negara Alpine.