Persembahan bunga api Sabtu ini

Persembahan bunga api Sabtu ini

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Julai – Bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-70 Tahun, satu pertunjukan bunga api akan diadakan di Taman Jerudong Park pada 30 Julai ini.

Sehubungan itu, orang ramai dialu-alukan untuk menyaksikan pertunjukan tersebut dan kemasukan adalah percuma, dibuka bermula jam 4 petang.

Pertunjukan bunga api dijangka akan bermula pada jam 8 malam, sementara itu, Jerudong Park Country Club (JPCC) Sdn Bhd sebagai penyedia lokasi akan turut menyediakan pelbagai aktiviti sebelum dan selepas pertunjukan itu di  samping jualan makanan dan minuman.

Acara ini dianjurkan oleh AJK Kerja Sambutan Hari Keputeraan bagi Daerah Brunei Muara dengan kerjasama JPCC Sdn Bhd.

ARTIKEL YANG SAMA