Persembahan Keagamaan meriahkan malam perayaan

Persembahan Keagamaan meriahkan malam perayaan

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN – Kemeriahan dan kegembiraan menyambut Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-69 Tahun dapat dirasakan di ibu kota, dengan adanya perayaan dan acara-acara persembahan pentas di sepanjang malam-malam perayaan.

Jabatan Pengajian Islam (JPI), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) juga tidak melepaskan peluang untuk mengadakan persembahan Pentas Bercorak Keugamaan yang diadakan di kawasan lapang berhadapan Bangunan Alat-Alat Kebesaran Diraja Brunei.

Dari jauh sudah kelihatan orang ramai bersama keluarga berpusu-pusu untuk datang dan memeriahkan malam-malam perayaan, ada sesetengah para penonton yang mengisi tempat duduk berhampiran pentas dan ada juga yang hanya berdiri untuk melihat acara pentas pada malam itu.

Suasana malam musim perayaan itu sangat meriah dengan warna lampu cucul, belon-belon berwarna-warni berterbangan dan dijual, peniaga-peniaga makanan dan minuman asyik melayan para pelanggan yang tidak henti-henti datang.

Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz ketika hadir di majlis Pentas Bercorak Keugamaan.
Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz ketika hadir di majlis Pentas Bercorak Keugamaan.
Antara persembahan-persembahan lain yang telah diadakan semalam.
Antara persembahan-persembahan lain yang telah diadakan semalam.
Kanak-kanak yang mengikuti kuiz interaktif semalam.
Kanak-kanak yang mengikuti kuiz interaktif semalam.

Hadir menyaksikan persembahan Pentas Bercorak Keugamaan semalam ialah Setiausaha Tetap Kementerian Ugama, Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Mohammad Yusof selaku tetamu kehormat majlis.

Persembahan pentas pada malam itu telah diserikan lagi dengan persembahan seperti sketsa keugamaan, nasyid, tausyeh dan banyak lagi daripada sekolah-sekolah Ugama di Daerah Brunei dan Muara.

Seperkara yang menarik lagi, orang ramai juga diberikan peluang untuk mengikuti dan berinteraksi bersama di acara kuiz-kuiz interaktif yang mana bagi individu yang berjaya menjawab soalan kuiz itu dengan tepat berpeluang untuk membawa pulang hadiah-hadiah yang menarik.

pgm5_150822_a

Antara tetamu yang hadir.
Antara tetamu yang hadir.
Suasana perniagaan di musim perayaan.
Suasana perniagaan di musim perayaan.

Persembahan pada malam itu bertujuan untuk memberikan penghargaan dan menunjukkan rasa kasih sayang dan cinta kehadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di samping sama-sama menyemarakkan lagi Sambutan Hari Keputeraan Baginda Sultan yang ke-69 Tahun.

Sememangnya, rata-rata para penuntut yang membuat persembahan pada malam itu tekun dan giat dalam menjayakan acara pentas yang telah dirancang dan ternyata orang ramai juga kelihatan begitu gembira dan terhibur ketika menyaksikan persembahan-persembahan pentas itu.

ARTIKEL YANG SAMA