Persembahan kebudayaan Bangladesh sempena Hari Kemenangan

Persembahan kebudayaan Bangladesh sempena Hari Kemenangan

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Dis – Bersempena dengan Hari Kemenangan Bangladesh ke-45 Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Brunei Darussalam, hari ini, telah mengadakan persembahan kebudayaan yang berlangsung di Hotel Star Lodge, Jerudong.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Mohammed Abdul Hye.

Menurut kenyataan Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di sini, majlis itu bertujuan untuk mendedahkan generasi muda Bangladesh kepada kebudayaan dan kesenian negara itu sebagai khazanah dan peninggalan nenek moyang.

Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Brunei Darussalam (3 dari kiri) pada majlis tersebut.
Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Brunei Darussalam (3 dari kiri) pada majlis tersebut.
Persembahan yang menggunakan Tobla dan Harmonium yang dimainkan oleh warga Bangladesh di majlis berkenaan.
Persembahan yang menggunakan Tobla dan Harmonium yang dimainkan oleh warga Bangladesh di majlis berkenaan.

Peraduan mewarna membuka tirai majlis diikuti dengan deklamasi sajak dan nyanyian oleh anak-anak muda yang telah menjalani latihan sejak dua minggu lalu lagi.

Penyampaian hadiah yang disempurnakan tetamu kehormat majlis menutup tirai persembahan kebudayaan itu yang diadakan setelah upacara menaikkan bendera di bangunan suruhanjaya berkenaan pagi tadi.