Persembahan Opera di China semakin ditelan zaman

Persembahan Opera di China semakin ditelan zaman

CHINA – Apabila beliau mengayakan dan mengenakan beberapa pasang jubah dan solekan yang begitu terang, Wu Yunhong telah berubah daripada seorang buruh biasa yang bertungkus lumus menyusup di bawah terik matahari di kawasan pergunungan Cina kepada seorang pemerintah tentera yang begitu kejam sekali. Wu mula mendapat tempat ketika bergiat aktif dalam sebuah syarikat opera terbesar di China, Jinyuan. Syarikat tersebut diasaskan bersama oleh datuk beliau pada tahun 1984. Wu mula aktif dalam bidang persembahan itu ketika beliau berusia lapan tahun dan Wu merupakan generasi ketiga untuk meneruskan syarikat opera itu dan berkemungkinan besar beliau adalah generasi yang terakhir dalam mengekalkan tradisi itu di China.

Kebanyakan penonton adalah mereka yang sudah berumur dan kebanyakan para pembuat persembahan opera juga sudah meninggal dunia membuatkan seni itu diambang kepupusan. Gaya persembahan Sichuan Opera telah dilakukan di sekitar bandar barat daya Chongqing dan diancam dengan kepupusan walaupun pelbagai usaha untuk membentuk semula opera itu dilakukan walaupun sudah ada pertolongan rasmi yang dipersetujui di sekitar kawasan seni yang dikuasai oleh pihak kerajaan.

Persembahan opera yang lain seperti Peking dan juga Canton telah diangkat menjadi ‘National Treassure’ oleh pihak kerajaan China. Opera ini telah menerima jutaan kewangan dalam membantu pembiayaan untuk mengekalkan opera itu namun bagi persembahan opera-opera yang lain, ia seakan dibiarkan layu di atas pentas. “Kadang-kadang dalam satu persembahan opera ia akan merangkumi satu keluarga seperti isteri dan anak-anak malah itu tergantung kepada keadaan dan situasi,” tambah Wu kepada wartawan AFP.

Wu bersama dengan rakan-rakan persembahan beliau telah menerima pembiayaan daripada pihak kerajaan secara tidak rasmi dan kebanyakan rakan persembahan masih cenderung untuk mendalami lagi bidang-bidang lakonan masing-masing. Kebanyakan rakan-rakan beliau masih memfokuskan kepada ladang-ladang mereka di mana jagung dan juga beras semakin menerima permintaan yang meningkat terutama sekali di kawasan pergunungan di mana suhu boleh mencecah 42 darjah Celsius terutama sekali sewaktu musim panas. “Kami tidak mendapat apa-apa sokongan daripada pihak kerajaan dan kebanyakan duit yuran kami datang daripada hasil bertani yang di kumpul bersama-sama bagi membuat satu persembahan opera dan kami membuat sedikit wang tambahan disebabkan oleh persembahan opera ini namun kami masih lagi belum kaya,” tambah Wu kepada wartawan AFP .

Mereka yang masih bergiat aktif dalam persembahan seni itu terpaksa berdepan dengan para penonton yang sudah berumur dan kekurangan peminat-peminat baru. – AFP
Mereka yang masih bergiat aktif dalam persembahan seni itu terpaksa berdepan dengan para penonton yang sudah berumur dan kekurangan peminat-peminat baru. – AFP
Wu mula aktif dalam bidang persembahan itu ketika beliau berusia lapan tahun dan Wu merupakan generasi ketiga untuk meneruskan syarikat opera itu dan berkemungkinan besar beliau adalah generasi yang terakhir dalam mengekalkan tradisi itu di China. – AFP
Wu mula aktif dalam bidang persembahan itu ketika beliau berusia lapan tahun dan Wu merupakan generasi ketiga untuk meneruskan syarikat opera itu dan berkemungkinan besar beliau adalah generasi yang terakhir dalam mengekalkan tradisi itu di China. – AFP

Petani yang miskin

Salah satu gaya opera dari Beijing yang lebih dikenali sebagai Peking Opera dalam Bahasa Inggeris telah dipopularkan di bawah Dinasti Qing dan telah dibawa turun oleh orang Cina semasa satu revolusi berlaku pada tahun 1911. Persembahan opera ini telah menerima sokongan yang mencukupi daripada pelbagai pihak dan agensi secara meluas khususnya di China malah beberapa usaha dalam menghasilkan persembahan opera itu dalam bahasa Inggeris juga turut dilaksanakan manakala dialek-dialek China serantau seperti Kantonis, Opera Shanghai dan Sichuanese masih dikekalkan dalam transformasi persembahan itu.

Kepimpinan Komunis telah bersepakat untuk mengekalkan Peking Opera selepas ia mengambil alih kuasa pada tahun 1949 dan pihak kerajaan pusat menetapkan tiap-tiap daerah untuk menubuhkan kumpulan Peking Opera mereka sendiri walaupun terpaksa mengorbankan variety pelbagai pihak tempatan.

Satu tamparan hebat sedikit sebanyak telah melumpuhkan dan sekali gus merosakkan revolusi kebudayaan China apabila isteri Mao Zedong, Jiang Qing telah melancarkan satu kempen untuk membersihkan pelbagai bentuk seni termasuk persembahan opera, drama, filem, balet dan muzik. Bagi beliau semua bentuk seni ini dianggap feudal dan borjuasi serta diharamkan. Hanya lapan orang pembuat persembahan opera dibenarkan untuk berlakon dalam satu opera. Situasi ini berlarutan sehinggalah pada tahun 1980an, kebanyakan syarikat opera membuka sendiri perusahaan mereka dan membentuk semula seni itu di China.

Dalam satu tempoh, pergerakan seni itu terus berkembang namun para syarikat swasta terpaksa bersaing dengan pelbagai bentuk persembahan hiburan yang baru dengan ledakan ekonomi China yang semakin berkembang pesat.

“Setiap masyarakat mempunyai keinginan untuk memulihara kebudayaan kaum sendiri bagaimanapun di China anda perlu menambah kuasa politik yang kuat bagi menguatkan lagi kedudukan anda,” kata Ruru Li, seorang professor kajian teater Cina di Universiti Leeds.

“Pertama terdapat revolusi kebudayaan dan kini terdapat pelaburan negeri namun ia tidak termasuk majority persembahan dan gaya opera,” tambahnya lagi kepada wartawan AFP.

Tanpa ada sokongan rasmi daripada pelbagai pihak, beberapa corak dan gaya semakin menghilang selaras dengan perkembangan zaman. “Pada tahun 1960, terdapat lebih daripada 300 jenis opera di China dan pada hari ini terdapat kira-kira 200 jenis sahaja dan berkemungkinan besar dalam masa 10 tahun, ia akan menjadi lebih kecil lagi,” tambah Li kepada wartawan AFP merasa sedih.

Mereka yang masih bergiat aktif dalam persembahan seni itu terpaksa berdepan dengan para penonton yang sudah berumur dan kekurangan peminat-peminat baru kerana orang ramai terutama sekali golongan muda mula menjauhi pertanian dan meninggalkan kawasan desa di China untuk mencari pekerjaan baru yang lebih baik di bandar-bandar.

“Saya tidak mahu anak saya membesar dengan persembahan opera sahaja sebagaimana yang saya telah lakukan, saya mahu melihat anak saya membesar di sekolah-sekolah dan menuntut di universiti-universiti. Namun saya akan mendidik anak saya untuk menghargai budaya dan seni opera kerana saya tidak mahu melihat anak saya miskin seperti saya,” tambah Wu mengakhiri temu ramah. – AFP