Persiapan bagi Kejohanan Bola Lisut Jakarta

Persiapan bagi Kejohanan Bola Lisut Jakarta

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Khairil Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Jun – Bagi persiapan penyertaan Kejohanan Bola Lisut Masters 2016 di Jakarta, pasukan bola lisut kebangsaan wanita semalam terlibat dengan Latihan Bootcamp yang dianjurkan oleh Classic Bootcamp Sdn Bhd di bawah konsultasi Jude Ezeagu di kawasan Perindustrian Menglait, Gadong.

Pasukan bola lisut negara menyertai kejohanan berkenaan pada bulan Ogos depan dan sebagai persiapan ahli-ahli pasukan akan terlibat dengan beberapa siri latihan yang bakal dibuat di sepanjang Ramadan dan musim lebaran yang bakal tiba nanti.

Ketika ditemui, Ezeagu menegaskan para pemain menunjukkan semangat berpasukan yang tinggi dan boleh berfungsi sebagai satu unit selain menunjukkan keinginan untuk berjaya dalam sesi latihan yang mereka lalui di sana.

“Kecergasan adalah elemen utama di dalam apa juga sukan dan itu adalah antara yang perlu diberikan perhatian oleh barisan pemain yang bakal membawa nama negara di dalam kejohanan itu nanti,” ujarnya.

Antara barisan pemain yang menyertai latihan berkenaan.
Antara barisan pemain yang menyertai latihan berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA