Persiapan giat dilaksana

Persiapan giat dilaksana

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Julai – Dalam kesibukan kunjung-me-ngunjungi rumah saudara mara dan sahabat handai sempena Hari Raya Aidilfitri, pelbagai persiapan bagi Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-70 tahun sedang giat dilaksanakan.

Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi, negara akan menyambut Hari Keputeraan Baginda Sultan yang akan berlangsung dengan penuh adat istiadat dan gilang-gemilang.

Sementara itu, dalam tinjauan media ke ibu negara, Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien dan jalan raya dihias indah dengan bendera negara yang megah berkibar di ba-ngunan-bangunan, pintu-pintu gerbang, papan iklan, kain rentang dan lampu-lampu cucul.

Seperti lazimnya, sempena sambutan itu, pelbagai acara disusun dalam memeriahkan suasana sambutan antaranya upacara Istiadat Perbarisan Lintas Hormat, Istiadat Mengadap dan Mengurniakan Bintang-bintang Kebesaran dan Majlis Santap Malam di Istana Nurul Iman.

Majlis ramah mesra juga akan diadakan bagi memberi peluang kepada rakyat dan penduduk di negara ini untuk menyembahkan ucapan Selamat Puja Usia dan seterusnya menyembahkan pesambah.

Di samping itu, acara keraian malam dan gerai-gerai perayaan juga akan diadakan di keempat-empat daerah.

Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien kini berubah wajah dengan hiasan sempena Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke-70.
Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien kini berubah wajah dengan hiasan sempena Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke-70.
Pintu-pintu gerbang telah didirikan sebagai persediaan bagi sambutan yang penuh bermakna bagi rakyat Brunei Darussalam.
Pintu-pintu gerbang telah didirikan sebagai persediaan bagi sambutan yang penuh bermakna bagi rakyat Brunei Darussalam.
Bendera-bendera negara kebangsaan menghiasi jalan-jalan utama di ibu negara.
Bendera-bendera negara kebangsaan menghiasi jalan-jalan utama di ibu negara.

ARTIKEL YANG SAMA