Persiapan hadapi kejohanan bola keranjang

Persiapan hadapi kejohanan bola keranjang

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Mac – Pasukan Bola Keranjang Veteran Negara Brunei Darussalam berjaya menewaskan Pasukan Hainan dengan kiraan 86-66 dalam perlawanan persahabatan yang diadakan di Gelanggang Bola Keranjang Persatuan Bola Keranjang Brunei, Batu Bersurat, Gadong, kelmarin.

Perlawanan tersebut merupakan sebahagian daripada persediaan pasukan negara dalam menghadapi Kejohanan Jemputan Bola Keranjang Cina Antarabangsa Macau 2016 yang akan bermula pada 14 hingga 15 Mei nanti.

Dalam kejohanan tersebut, pasukan negara akan mengambil bahagian dalam kategori 50 tahun ke atas, di mana kejohanan itu nanti bakal menyaksikan penyertaan pasukan-pasukan bola keranjang jemputan dari tujuh buah negara termasuk Brunei, Hong Kong, Malaysia, Singapura, Republik Rakyat China, Filipina dan Indonesia.

Perlawanan persahabatan itu juga bertujuan untuk memastikan pasukan veteran negara bersedia untuk menghadapi cabaran yang bakal ditempuhi sepanjang kejohanan itu dan terus giat mengadakan lawatan dan perlawanan persahabatan bagi memastikan keserasian taktik dan prestasi pemain berada di tahap yang tertinggi.

Pasukan Veteran Brunei bergambar-ramai dengan pasukan Persatuan Hainan sebelum permulaan perlawanan persahabatan mereka.
Pasukan Veteran Brunei bergambar-ramai dengan pasukan Persatuan Hainan sebelum permulaan perlawanan persahabatan mereka.

ARTIKEL YANG SAMA