Persiapan hadapi PSR

Persiapan hadapi PSR

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Ogos – Sebagai persiapan para pelajar untuk menghadapi peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) tahun ini, Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka, Bandar Seri Begawan telah mengadakan ceramah motivasi yang dihadiri oleh 220 orang murid dari sekolah-sekolah rendah, Kluster 1 yang diadakan di balai pameran, perpustakaan berkenaan, hari ini, di sini.

Hadir bagi menyampaikan ceramah tersebut ialah penceramah dari Unit Kaunseling, Jabatan Sekolah-sekolah, Haji Mohd Khairul Izam bin Sulaiman.

Menurut kenyataan di sini, antara lain tujuan ceramah itu diadakan ialah bagi menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengenai pentingnya budaya membaca bagi melahirkan masyarakat berpengetahuan dalam mendukung program pembangunan negara.

Di samping itu, ia juga diadakan untuk meningkatkan motivasi para pelajar dalam meningkatkan diri dalam pelajaran, mempromosikan koleksi bahan sekolah yang terdapat di Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka serta menggalakkan para pelajar untuk mengunjungi dan menggunakan perpustakaan untuk mengulang kaji pelajaran.

Haji Mohd Khairul Izam ketika menyampaikan ceramahnya.
Haji Mohd Khairul Izam ketika menyampaikan ceramahnya.
Atas/bawah: Murid-murid yang mendengarkan ceramah tersebut.
Atas/bawah: Murid-murid yang mendengarkan ceramah tersebut.

pg08_160825_e

ARTIKEL YANG SAMA