Persiapan jelang Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-32

Persiapan jelang Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-32

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Feb – Lebih 21,000 yang mewakili 126 buah pasukan, kelmarin, membanjiri kawasan Taman Sir Muda Haji Omar ‘Ali Saifuddien, di ibu negara bagi menghadiri raptai penuh Upacara Perhimpunan Agung Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-32.

Hadir menyaksikan latihan penuh itu ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Laila Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof.

Upacara yang penuh gilang gemilang itu mendukung tema ‘Generasi Berwawasan’ yang menterjemahkan tanggungjawab semua golongan masyarakat dan generasi belia dalam sama-sama mengukuhkan dan menanai konsep Melayu Islam Beraja, aspirasi Negara Zikir dan mendukung Wawasan Negara 2035.

Sementara itu, seramai 6,832 orang belia yang mewakili sekolah-sekolah menengah, maktab dan institusi-institusi pengajian tinggi pula dengan megah mempamerkan persembahan bertema ‘Generasi Berwawasan’ yang antara lain membawa konsep belia sebagai harapan negara untuk menanai sebuah negara yang berdaulat dan merdeka.

pg12_160217_a

Sebahagian daripada 6,832 orang pelajar yang mewakili sekolah-sekolah menengah, maktab dan institusi-institusi pengajian tinggi dengan megah mempamerkan persembahan bertema ‘Generasi Berwawasan’
Sebahagian daripada 6,832 orang pelajar yang mewakili sekolah-sekolah menengah, maktab dan institusi-institusi pengajian tinggi dengan megah mempamerkan persembahan bertema ‘Generasi Berwawasan’
Lebih kurang 126 pasukan akan menyertai perbarisan lalu pada hari kemuncak itu nanti antaranya pasukan pembaca ikrar, pasukan-pasukan beruniform, kementerian-kementerian dan jabatan kerajaan, sekolah-sekolah, persatuan, badan bukan kerajaan (NGO), wakil daerah-daerah dan sektor swasta.

Seramai 5,000 orang belia juga akan berbaris mengibarkan bendera Negara Brunei Darussalam dan 500 orang bagi kumpulan hadrah.

Setakat ini 126 pasukan menyertai perbarisan lalu iaitu pasukan pembaca ikrar, pasukan pembawa bendera-bendera, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Polis Diraja Brunei, pasukan pakaian berseragam, peserta Program Khidmat Bakti Negara (PKBN), pasukan Orang Berkeperluan Khas (OBK), kementerian-kementerian dan jabatan kerajaan, sekolah-sekolah, persatuan, badan bukan kerajaan (NGO), wakil daerah-daerah dan sektor swasta.

Acara Kemuncak Perhimpunan Agung Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Ke-32 Tahun 2016 akan berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan pada 23 Februari 2016 dengan upacara keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam serta kerabat diraja yang lain.

ARTIKEL YANG SAMA