Persiapan Majlis Perhimpunan Khas Wanita berjalan lancar

Persiapan Majlis Perhimpunan Khas Wanita berjalan lancar

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Jan – Majlis Perhimpunan Khas Wanita bersempena dengan Sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W Peringkat Negara bagi tahun 1437H akan diadakan pada 9 Januari 2016 ini di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

Sehubungan dengan itu, latihan penuh majlis berkenaan telah diadakan hari ini dan hadir menyaksikan latihan ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Dato Paduka Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud.

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Mohammad Yusof serta pegawai dan kakitangan di kementerian berkenaan.

Yang Berhormat Pehin Ustaz Haji Awang Badaruddin dan Dato Paduka Haji Abdul Mokti semasa menyaksikan latihan kelmarin.
Yang Berhormat Pehin Ustaz Haji Awang Badaruddin dan Dato Paduka Haji Abdul Mokti semasa menyaksikan latihan kelmarin.

pg03_160107_c

Antara persembahan yang akan diadakan semasa Majlis Perhimpunan Khas Wanita Sabtu ini.
Antara persembahan yang akan diadakan semasa Majlis Perhimpunan Khas Wanita Sabtu ini.

Majlis Perhimpunan Khas Wanita bagi tahun ini membawa tema ‘Menghayati Sunnah Rasulullah S.A.W dan majlis itu nanti akan diisikan dengan ceramah khas mengenai tema yang akan disampaikan oleh Dekan Fakulti Usuluddin, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr. Hajah Sarinah binti Haji Yahya.

Di samping itu, ia turut diserikan lagi dengan persembahan percakapan berkumpulan dan persembahan dikir.

Majlis perhimpunan tahun ini dikendalikan oleh KHEU dan Majlis Wanita Negara Brunei Darussalam dengan kerjasama Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

ARTIKEL YANG SAMA