Persiapan menjelang Liga Futsal NFABD

Persiapan menjelang Liga Futsal NFABD

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Feb – Pasukan-pasukan futsal daripada Liga Futsal NFABD 2016 terus giat berlatih termasuk mengadakan perlawanan-perlawanan persahabatan sebagai persiapan menghadapi musim baru liga yang bakal menjelang Mac 2016 ini.

Terkini, empat buah pasukan daripada pasukan-pasukan Liga Futsal NFABD 2016 itu telah mengadakan perlawanan persahabatan 4-penjuru di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah (KSNHB).

Tiga daripadanya merupakan pasukan daripada Liga Super Futsal NFABD 2016 iaitu juara Futsal Piala Perdana TelBru 2015, BIO FT, Pega Star FC dan Street United FT, manakala sebuah lagi daripada Liga Perdana Futsal NFABD 2016 iaitu Syahkampong.

Selepas berakhirnya Liga Futsal Brunei (BFL) 2015 dan Futsal Piala Perdana TelBru 2015 pada tahun lalu, 20 buah pasukan telah layak untuk bersaing dalam Liga Futsal NFABD 2016 iaitu 10 dalam Liga Super dan 10 lagi dalam Liga Perdana.

10 buah pasukan dalam senarai awal Liga Super Futsal NFABD 2016 nanti ialah Kota Junior (juara bertahan), Shah United FC (naib juara BFL2015), MS ABDB (tempat ketiga BFL2015), Arbisyam FC, PBDB FT, Rizfiz FT, Street United FT, Pega Star FC, BIO FT (juara Futsal Piala Perdana TelBru 2015) dan Star Madang (naib juara Futsal Piala Perdana TelBru 2015).

 (Dari kiri) Street Utd FT (jingga) Syahkampong (ungu kuning) Pega Star FC (hitam)  BIO FT (biru kuning ungu).
(Dari kiri) Street Utd FT (jingga) Syahkampong (ungu kuning) Pega Star FC (hitam) BIO FT (biru kuning ungu).

Manakala 10 pasukan dalam senarai awal Liga Perdana Futsal NFABD 2016 ialah Mixed Star FT, Syahkampong, Silveredz FT, BSRC FT, MBS Utd SC, 1st Five FT, BMB FT, Hi-Tune SC, Creativol dan XII Brothers. – Hasrulraizan