Persiapan Piala Dunia Qatar menepati jadual

Persiapan Piala Dunia Qatar menepati jadual

DOHA, 21 Mei – Kontroversi penganjuran bola sepak Piala Dunia Qatar 2022 mungkin tidak dapat disangkal lagi tetapi persiapan negara bagi kejohanan itu ‘menepati jadual’.

Ricardo Trade yang menyelia persiapan Piala Dunia Brazil 2014 semasa melawat Qatar minggu ini mengumumkan beliau ‘kagum dengan perancangan terperinci dan kemajuan stadium’ yang dicapai oleh Qatar tujuh tahun sebelum kejohanan bermula.

Keyakinan dalam kemajuan persediaan Qatar datang pada masa yang sama dengan bantahan kuat terhadap penganjuran Piala Dunia di negara Teluk itu. Hanya dalam beberapa minggu lepas sahaja, imej buruk Qatar terus menjejaskan Piala Dunia.

Kemarahan terhadap penangkapan dua krew wartawan asing yang cuba mendedahkan keadaan hidup kotor kebanyakan buruh menyebabkan Majlis Eropah (CoE) menyeru agar kejohanan untuk amiriah Teluk diundi semula, pertubuhan perdagangan menggesa penaja Piala Dunia supaya melobi untuk pembaharuan dan penerbitan laporan Amnesty International telah menambah lagi kepada perasaan bahawa Piala Dunia Qatar terus dikepung. Sementara itu, mesyuarat FIFA akhir bulan ini menyaksikan satu resolusi dibentangkan untuk mengalihkan Piala Dunia dari Qatar kerana kadar pembaharuan buruh yang perlahan. Namun di dalam Qatar semua ini hanya membuat sedikit perbezaan kepada jadual kejohanan 2022 negara Teluk itu.

Thawadi, yang juga seorang peminat Liverpool yang kuat bercakap tentang idola beliau ‘King Kenny’ Dalglish, menolak kritikan dengan lantang dan berkata: “Kami sentiasa yakin dengan integriti tawaran kami.”

Persediaan Qatar sudah untuk Piala Dunia 2022 menunjukkan sudah lebih separuh daripada pembinaan stadium sudah dimulakan dan akan digunakan oleh pemain bola sepak terbaik di dunia dalam masa tujuh tahun. Qatar telah mendedahkan reka bentuk atau pun sudah membina semula lima daripada venue yang akan digunakan. Hanya lapan stadium atau 12 yang mungkin digunakan untuk Piala Dunia pertama di Timur Tengah dengan tempoh unik penganjuran dalam bulan November dan Disember. – AFP