Persiapan sambutan Hari Keputeraan KDYMM

Persiapan sambutan Hari Keputeraan KDYMM

Oleh Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

 

TEMBURONG, 11 Julai – Latihan persiapan sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-70 Tahun bagi Daerah Temburong khususnya bagi persembahan padang sedang giat dijalankan di Padang Dewan Kemasyarakatan Pekan Bangar.

Hadir meninjau lebih dekat lagi persiapan berkenaan ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Sultan ke-70 tahun.

Turut hadir ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Sulaiman bin Haji Ahad; Setiausaha Tetap di KHEDN, Haji Mohd ‘Abdoh bin Dato Seri Setia Haji Abdul Salam; timbalan-timbalan setiausaha tetap di KHEDN, Haji Muhammad Sunadi bin Haji Buntar dan Haji Idris bin Haji Ali; dan Pemangku Pegawai Daerah Temburong, Awang Amir Hairil bin Haji Mahmud selaku Pengerusi Jawatankuasa Tadbir Tertinggi Daerah Temburong.

Persiapan latihan hari ini dijalankan khusus bagi persembahan khas padang yang mengetengahkan pondok-pondok etnik di Daerah Temburong dengan tema persembahan ‘Raja Berdaulat, Laila Perkasa’.

Raptai penuh akan diadakan pada 13 Julai ini dengan menumpukan sepenuhnya kepada atur cara keberangkatan Baginda Sultan bercemar duli bagi Majlis Remah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat dan Penduduk di Daerah Temburong.

Yang Berhormat Pehin Haji Awang Abu Bakar ketika meninjau persiapan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan di Pekan Bangar, kelmarin.
Yang Berhormat Pehin Haji Awang Abu Bakar ketika meninjau persiapan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan di Pekan Bangar, kelmarin.
Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri mendengar penerangan mengenai latihan persiapan untuk sambutan Hari Keputeraan, kelmarin.
Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri mendengar penerangan mengenai latihan persiapan untuk sambutan Hari Keputeraan, kelmarin.

p03-3_20160712

Suasana semasa latihan persiapan di Padang Dewan Kemasyarakatan Pekan Bangar.
Suasana semasa latihan persiapan di Padang Dewan Kemasyarakatan Pekan Bangar.

ARTIKEL YANG SAMA