Persiapan sambutan Maulud Nabi lancar

Persiapan sambutan Maulud Nabi lancar

Oleh Yusrin Junaidi

Gambar oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Dis – Sebagai persediaan awal dan memastikan kelancaran majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W Peringkat Negara bagi Tahun 2015 yang akan berlangsung pada 24 Disember 2015 di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, di sini, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) bersama agensi-agensi yang terlibat telah mengadakan latihan penuh bagi majlis berkenaan hari ini.

Hadir menyaksikan raptai berkenaan ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-hari Kebesaran Islam tahun 1437 Hijrah.

Sebanyak 143 buah pasukan yang mengandungi 12,000 orang peserta akan menyertai perhimpunan dan perarakan tersebut yang terdiri daripada pasukan-pasukan berunifom, kementerian-kementerian, jabatan-jabatan kerajaan, sektor swasta, Majlis Perundingan Mukim dan Kampung, institusi-institusi pengajian tinggi, sekolah-sekolah menengah, persatuan-persatuan dan orang ramai.

Yang Berhormat Pehin Ustaz Haji Awang Badaruddin bersama Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz dan Yang Amat Mulia Pengiran Seri Wijaya Pengiran Haji Ahmad bin Pengiran Mohd Yusof, menyaksikan raptai penuh Sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W Peringkat Negara bagi Tahun 2015 di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, kelmarin.

Sebahagian daripada raptai sambutan kelmarin.
Sebahagian daripada raptai sambutan kelmarin.

Menurut KHEU, jika berlaku hujan, majlis sambutan itu nanti, atur cara itu akan digantikan dengan ceramah khas dan persembahan selawat oleh pasukan sekolah Arab dan sekolah-sekolah ugama serta persembahan dikir.

Tema sambutan pada tahun ini ialah ‘Menghayati Sunnah Rasullullah S.A.W,’ yang menggambarkan Nabi Muhammad SAW terkenal dengan sifat-sifat terpuji dan memiliki akhlak pekerti mulia yang amat disanjungi.

Bagi Daerah Belait, sambutan akan diadakan di Padang Bandaran Kuala Belait; di Daerah Tutong pula, sambutan akan diadakan di Padang Sekolah Rendah Muda Hashim Pekan Tutong sementara bagi Daerah Temburong, sambutan akan diadakan di Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan Pekan Bangar.

ARTIKEL YANG SAMA