Persiapan sempena Maulidur Rasul

Persiapan sempena Maulidur Rasul

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 20 Nov – Tidak lama lagi, umat Islam bakal menyambut Sambutan Maulidur Rasul pada 12 Disember bersamaan 12 Rabiulawal 1438H/2016M dan bagi menyemarakkan sambutan tersebut, laungan dikir diadakan selama 12 malam bermula 1 Rabiulawal kelak.

Sehubungan itu, Ahli Jawatankuasa Takmir (AJK) Masjid Kampung Telisai semalam telah membuat persiapan dengan mengadakan Kelas Ulangkaji Bacaan Dikir yang telah disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah Tutong, Haji Masri bin Haji Mohammad.

Adapun tujuan kelas ulangkaji ini diadakan adalah sebagai persiapan AJK Takmir Masjid Kampung Telisai menanti dan menunggu hari-hari tersebut dengan penuh harapan sebagai menyemarakkan malam-malam Sambutan Maulud Nabi pada tahun ini.

Majlis dikir 12 malam berturut-turut seumpamanya itu diharap akan memberikan syafaat dan seterusnya sentiasa dilindungi oleh Allah S.W.T, selain dalam sama-sama menyahut hasrat kerajaan dalam menjadikan negara ini sebagai sebuah Negara Zikir.

Kelas Ulangkaji Bacaan Dikir bagi AJK Takmir Masjid Kampung Telisai yang diadakan di Masjid Kampung Telisai, Daerah Tutong.
Kelas Ulangkaji Bacaan Dikir bagi AJK Takmir Masjid Kampung Telisai yang diadakan di Masjid Kampung Telisai, Daerah Tutong.

ARTIKEL YANG SAMA