Persiapkan diri tangani fenomena El Nino

Persiapkan diri tangani fenomena El Nino

SERING diperkatakan di kaca TV, corong radio dan Internet mengenai isu perubahan iklim yang bakal mencerna keadaan cuaca yang sukar dikawal.

Akhir-akhir ini, fenomena El Nino yang membawa hujan lebat, banjir dan tanah susur di kedua-dua benua Amerika dan kemarau panjang di Australia, Asia Tenggara dan Asia Timur, dikhabarkan akan melanda pada tahap yang lebih buas dibandingkan dengan yang melanda 18 tahun yang lalu (1997 – 1998).

Gambar-gambar satelit jangka panjang sudah membuktikan bahawa ramalan yang membimbangkan ini akan menjadi realiti pada suku pertama tahun ini.

Kalau dulunya kita naif mengenai perkara ini sambil kita menyumbang kepada penyebaran jerebu serantau, sekarang kita sudah lebih dari bersedia dengan ilmu serta prasarana.

Sudah sampai masanya kita bersiap siaga dengan deram plastik besar yang mampu menyimpan air untuk keperluan sewaktu kemarau panjang bagi tujuan memasak, mencuci, menyiram pokok dan makan minum. Sudah tiba waktunya kita mempersiapkan diri dengan memastikan alat penghawa dingin dan kipas angin beroperasi dengan mantap setelah melalui penyelenggaraan.

A tire rests on the dry bed of Lake Mendocino, a key Mendocino County reservoir, in Ukiah

Sudah tiba masanya kita memantau simpanan makanan dan minuman yang mencukupi untuk menempuh tempoh panjang yang panas terik, kering-kontang dan gelisah-resah.

Benar kita disarankan dan disyorkan untuk memalarkan ibadah, zikir dan doa bagi memohon keringanan dugaan atau impak dari musibah kerana semua itu adalah senjata orang mukmin.

Tapi Allah S.W.T pernah berfirman mahukan umat Islam supaya tidak jemu-jemu berusaha dan jangan membendung sikap malas,

“Kami tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehinggalah kaum itu mengubah nasibnya sendiri”.

Jadi doa dan usaha diperlukan serentak untuk menangani isu perubahan iklim yang bakal kita hadapi ini.

Renungkanlah sambil menyeimbangkan keperluan kehidupan dunia dan bekalan di akhirat.

– Pemerhati Prihatin, Bunut

ARTIKEL YANG SAMA